TAN SRI DATO' LEE SHIN CHENG
PENGERUSI EXEKUTIF,IOI Corporation Bhd
Bisnes Utama : Perladangan, Hartanah, Kilang Penapisan & Perkilangan
Kekayaan : RM11.92 Billion
Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng adalah seorang usahawan Malaysia yang terlibat secara mendalam di dalam industri perladangan. Lee Shin Cheng mengetuai IOI Corporation Berhad (lebih dikenali sebagai IOI Group) sebagai pengerusi eksekutif. IOI Group, yang mana telah tersenarai di Bursa Malaysia, adalah salah satu daripada konglolerat dunia yang menerajui pengurusan ladang minyak kelapa sawit, khususnya lemak, oleokimia dan aktiviti-aktiviti pembangunan hartanah di Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Eropah. Kilang penapisan minyak sawit IOI di Rotterdam, Netherlands merupakan kilang penapisan minyak sawit yang terbesar di Eropah. Ladang kelapa sawit IOI di Malaysia dan Indonesia mengeluarkan minyak sawit dan juga minyak kernel. Minyak ini kemudiannya diproses menjadi minyak, “metallic stearates” dan lemak yang digunakan untuk membuat sabun, pembersih, bahan kosmetik dan bahan penambah dalam makanan. IOI Group juga merupakan peneraju bidang pembangunan hartanah di Malaysia: projek-projeknya termasuk, bandar perlabuhan, pusat membeli-belah, kondominium, menara pejabat dan pusat peranginan.
Tan Sri Dato’ Lee membesar di bahagian utara Kuala Lumpur di dalam ladang getah di mana ayahnya menjalankan perniagaan kecilan, kedai makan untuk orang-orang Cina. Dia meninggalkan sekolah seawal umurnya 11 tahun untuk membantu keluarga dengan menjual ais krim di atas basikal selama 4 tahun sebelum menyambung kembali persekolahan menengahnya. Dia memohon pekerjaan dengan syarikat ladang kelapa sawit sebagai supervisor tetapi permohonannya ditolak. Alasan yang diberikan – dia tidak fasih berbahasa Inggeris – ini mustahak kerana orang Eropah masih lagi memiliki kebanyakkan daripada ladang-ladang kelapa sawit ketika itu. Tan Sri dato’ Lee yang hanya berumur 22 tahun ketika itu, tidak kecewa dengan penolakkan oleh Dunlop Estate. Dia kemudiannya memohon lagi pekerjaan sebagai supervisor di syarikat kelapa sawit yang lain dan diterima.
Selepas lebih kurang 20 tahun, Tan Sri Dato’ Lee telah dapat membalas dendamnya bila dia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk membeli Dunlop Estate. Pada tahun 2008, dia menyuarakan rasa kegembiraannya di dalam temuramah dengan akhbar New Straits Times.“Hari yang paling mengembirakan saya ialah pada tahun 1989 bila saya membeli Dunlop Estate daripada Multi-Purpose Holdings Bhd. Ini kerana semasa tahun 1960 an, saya telah memohon pekerjaan di Dunlop Estate tetapi mereka tidak mengambil saya bekerja disebabkan saya tidak mempunyai kelayakkan akademik yang cukup. Sekiranya mereka mengambil saya bekerja, hari ini mungkin saya tidak akan dapat memiliki ke semua aset Dunlop Estate. Pembelian ini mencatatkan satu peristiwa yang amat penting di dalam hidup saya.” katanya.
Bercakap Dengan Pokok
Tan Sri Dato’ Lee menerapkan cara pengurusan turun padang dan libatkan diri untuk memaksimakan pengeluaran seawal tahun 1960 an lagi. Usaha Tan Sri Dato’ Lee yang tidak tahu mengenal penat, berjalan-jalan di dalam ladang kelapa sawit milik IOI Group seluas 152,000 hektar di Malaysia dan Indonesia telah membuatkan beliau digelaran “tree talker” di kalangan para wartawan, pesaing-pesaing dari syarikat perladangan dan rangkaian perbankan di Malaysia.
Pada tahun 2005, dalam satu kunjungan yang jarang dibuat bersama-sama penganalisis saham dan wartawan, Tan Sri Dato’ Lee yang selalunya seorang usahawan yang serius, telah menampakkan personalitinya yang lebih ringan. Sambil menunjukkan pada pokok kelapa sawit dengan mukanya yang selamba, katanya, pokok itu adalah teman wanitanya.
“Setiap satu mempunyai karektornya yang tersendiri. Sekiranya satu mengeluarkan hasil yang baik, saya akan memberitahunya “I love you”. Tan Sri Dato’ Lee kemudiannya menambah, sekiranya pokok itu tidak produktif, dia akan memberitahunya yang dia akan memberinya enam hingga sembilan bulan untuk menambah kuota buah. Mengejutkan, mereka berjaya menepati apa yang kita harapkan”. katanya.
Tetapi apa akan berlaku sekiranya selepas sembilan bulan mereka masih lagi tidak mahu mengeluarkan buah?
“Saya akan memberitahunya, minta maaf sayang. Saya terpaksa menebang awak”, katanya.
Lagenda Tan Sri Dato’ Lee yang selalu bercakap dengan pokoknya telah mendapat perhatian sekali lagi dikalangan rakan-rakan perniagaan bila di persidangan minyak sayuran pada bulan Desember 2008, Tun Musa Hitam, pengerusi Sime Darby, pesaing IOI Group yang paling rapat, mendapati pendekatan Tan Sri Dato’ Lee yang menyanyikan lagu Tamil kepada pokok kelapa sawitnya telah membuahkan hasil yang cukup memberangsangkan. Tun Musa kemudiannya berkata yang dia akan mengusulkan kepada pasukan pengurusannya untuk mendendangkan lagu Indonesia kepada pokok-pokok kelapa sawit di ladang mereka juga.
Pada bulan Julai 2009, semasa menerima anugerah bagi pihak IOI Group di Third Annual Best Financial Institutions in South-East Asia Awards di Kuala Lumpur, Tan Sri Dato’ Lee berseloroh dengan para hadirin.
“Saya selalu digelar sebagai orang yang bercakap dengan pokok, nampaknya saya terpaksa berterusan bercakap dengan pokok untuk mendapatkan lagi anugerah ini”. katanya.
Anak-anak Lee Tan Sri Dato’ Lee mempunyai dua orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan. Kesemuanya dilatih untuk menjadi peguam. Tan Sri Dato’ Lee dan keluarga menerajui IOI Group melalui Progressive Holdings Sdn Bhd. Walaupun ke semua anaknya bekerja di dalam syarikat tersebut dengan memegang jawatan-jawatan pengurusan, tetapi kedua-dua anak lelakinya, Dato’ Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng sahaja yang menonjol dikalangan kalayak ramai kerana mereka mewakili lembaga pengarah IOI Group.
Sumbangan Kepada Masyarakat
Bagi menghargai sumbangan Tan Sri Dato’ Lee dalam bidang industri hartanah di Malaysia, dia telah dianugerahkan dengan FIABCI Malaysia Property Man if the Year 2001 Award. Pada bulan Februari 2002, dia telah dihadiahkan dengan Honorary Doctorate Degree in Agriculture oleh Universiti Putra Malaysia sebagai pengiktirafan di atas sumbangannya kepada industri kelapa sawit.
Tan Sri Dato’ Lee juga berkhidmat sebagai antaranya, Ahli Lembaga bagi Universiti Putra Malaysia, Penasihat kepada KL & Selangor Chinese Chamber of Commerce and Industry, Council Member untuk malaysian palm Oil Association (MPOA), ahli Malaysia-China Business Council, Presiden Kehormat untuk Association of Eng Choon Societies of Malaysia dan Federation of Hokkien Association of Malaysia.
Sejak tahun 1998, Tan Sri Dato’ Lee telah menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang menerusi Yayasan Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng.
[Sumber: wikipedia.org, forbes.com]