Artikel 40 orang paling kaya Malaysia kumpul RM186.3 bilion


SINGAPURA: Kekayaan terkumpul 40 orang paling kaya di Malaysia berjumlah US$62.1 (RM186.3) bilion, meningkat sebanyak US$11.1 (RM33.3) bilion berbanding tahun lepas, menurut senarai kekayaan terbaru disiarkan Forbes Asia.


Dua tempat teratas pertama masih dipegang oleh Robert Kuok Hock Nien dan Ananda Krishnan.


Kuok, 87, menerajui kedudukan pertama sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menyenaraikan 40 orang paling kaya di Malaysia dengan kekayaan beliau bernilai US$12.5 (RM37.5) bilion, naik sebanyak setengah bilion daripada tahun lepas.


Ananda, 72, berada di kedudukan ke-2 dengan kekayaan bernilai US$9.5 (M28.5)bilion, naik daripada US$8.1 (RM24.3) bilion tahun lepas.


Di kedudukan No. 3 ialah tokoh yang meraih untung paling besar tahun ini dari segi dolar iaitu US$6.6 (RM19.8) bilion, Puan Sri Lee Kim Hua, balu jutawan kasino Tan Sri Lim Goh 
Tong yang berusia 81 tahun.


Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary yang mengumpulkan US$2.5 (RM7.5)bilion menduduki tempat kelapan. –


(Sumber-Bernama)