TAN SRI DR. TEH HONG PIOW




TAN SRI DR. TEH HONG PIOW, 80
PENGASAS & PENGERUSI,
PUBLIC Bank Berhad
Bisnes Utama : Perbankan
Kekayaan : RM10.86 Billion


Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow, berumur 80 tahun, telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 27 September 1971 dan telah berkhidmat sebagai Pengerusi Syarikat sejak tarikh tersebut. Beliau juga merupakan Pengarah Bukan Eksekutif dan Pengerusi bagi syarikat subsidiari milik penuh Syarikat, Lonpac Insurance Bhd. Pada masa ini, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh merupakan Pengerusi bagi Jawatankuasa Pelaburan Syarikat.Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh berkelayakan sebagai jurubank. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang perbankan pada tahun 1950 dan mengasaskan Public Bank Berhad pada tahun 1965 ketika berusia 35 tahun. 

Pada masa ini, beliaumerupakan Pengarah bagi Public Bank Bhd (Pengerusi),Public Investment Bank Bhd (Pengerusi), Public Mutual Bhd (Pengerusi), Public Islamic Bank Bhd (Pengerusi), Public Financial Holdings Ltd (Pengerusi), Public Bank (Hong Kong) Ltd (Pengerusi), Cambodian Public Bank Plc, Tong Meng Industries Ltd (Pengerusi), sebuah syarikat awam di Singapura dan beberapa syarikat subsidiari lain dari Kumpulan Public Bank. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh telah menerima pengiktirafan di dalam negara dan di peringkat antarabangsa atas pencapaian cemerlang beliau sebagai seorang jurubank dan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah kumpulan perkhidmatan kewangan yang terkemuka.

Anugerah dan penghormatan yang beliau terima termasuk:
• Anugerah Jurubank Perdagangan Asia Tahun 1991
• Anugerah Tokoh Perniagaan ASEAN Tahun 1994
• Anugerah Tokoh Perniagaan Malaysia Tahun 1997
• Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Tahun 1998
• Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik di Malaysia
Tahun 2004
• Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif yang Paling Mesra
Terhadap Perhubungan Awam Tahun 2004
• Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Jurubank Asia
Tahun 2005 bagi Malaysia
• Anugerah bagi Sumbangan Cemerlang kepada
Pembangunan Perkhidmatan Kewangan di Asia Tahun 2006
• Anugerah Kecemerlangan Seumur Hidup Tahun 2006
• Anugerah bagi Pencapaian Seumur Hidup dalam
Kecemerlangan Korporat, Dedikasi dan Industri Tahun 2006
• Anugerah Jurubank Asia Paling Cemerlang Tahun 2006
• Anugerah Personaliti Jenama BrandLaureate Tahun 2007
• Anugerah Jurubank Paling Pintar ASEAN Tahun 2007
• Anugerah Pencapaian Seumur Hidup Keusahawanan
Tahun 2007
• Anugerah Pengiktirafan Pila Tahun 2007
• Anugerah Jurubank Asia Tidak Tolok Bandingnya 2008
• Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Malaysia
Tahun 2009
• Jaguh Perbankan Asia Tahun 2010
• Anugerah Pengiktirafan Pengarah Korporat Asia Tahun 2010
• Pencipta Nilai: Ketua Pegawai Eksekutif Cemerlang
Malaysia Tahun 2010

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh telah dianugerahkan Pingat ‘For the Course of Vietnamese Banking’ oleh State Bank of Vietnam  pada tahun 2002 atas sumbangan beliau kepada industry  perbankan Vietnam selama ini. Tan Sri Dato’ Sri Dr. The telah dikurniakan Anugerah Pengiktirafan Tahun 2007 oleh National Bank of Cambodia sebagai penghargaan terhadap pencapaian cemerlang dan sumbangan besar beliau kepada industri perbankan Kemboja.

Sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau kepada masyarakat dan ekonomi, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Undang-undang (Kehormat) oleh Universiti Malaya pada tahun 1989.

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh telah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti di dalam badan-badan perkhidmatan awam di Malaysia; beliau merupakan ahli Majlis Perdagangan Malaysia dari tahun 1991 ke 1993; ahli Kumpulan Wang Amanah Negara dari tahun 1988 ke 2001; ahli pengasas bagi Majlis Penasihat Perdagangan sejak 2003; dan juga ahli kepada Majlis Privi Pentauliahan IPRM. Beliau merupakan seorang Fellow di beberapa institut termasuk Institut Bank-bank Malaysia; Chartered Institute of Bankers, United Kingdom;Institute of Administrative Management, United Kingdom; Institute of Chartered Secretaries and Administrators, Australia dan Institut Pengurusan Malaysia. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh telah menghadiri kesemua 10 Mesyuarat Lembaga Pengarah yang telah diadakan sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2010.

(SUMBER:LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010)